Monday, May 29, 2017

Membeli Surga Dengan 1 Dirham

Kisah ini menceritakan tentang Abu Dawud, penulis kitab Sunan Abi Dawud. Cerita bermula ketika beliau sedang menaiki kapal. Lalu beliau mendengar seseorang di tepi pantai bersin dan berkata "Alhamdulillah"

Kemudian, Abu Dawud menyewa perahu dayung seharga 1 Dirham dan bergegas pergi ke pantai untuk menjawab ucapan orang ini "Yarhamukallah"

Imam Abu Dawud kemudian ditanya tentang tindakannya, beliau menjawab :
"Bisa jadi orang yang bersin tadi adalah orang yang doanya dikabulkan Allah"

Ketika para awak kapal tertidur, mereka mendengar suara bergema : "Wahai para awak kapal ! Abu Dawud telah membeli surga dari Allah dengan harga satu Dirham"